Sunday 22 April 2012

assalamualaikum wbt dan selamat malam . sudah sekian lama jari2 ini tidak diberi latihan menaip so mlm ini jari2 ini dilatih kembali agar dapat kembali menaip coretan hidupku yang semakin hmmm tak tahu nak kata apa ........ arghhhhhhh . kusut2 , kepala aku tak dapat teruskan menaip . kalau aku teruskan juga entah apa-apa cerita sahaja akan aku kongsikan kali ini . so berehat sebentar bersama kit-kat . heheheh  . nanti aku sambung lagi . byeee .

Tuesday 14 February 2012

menghitung hari

assalamualaikum w.b.t . dan salam sejahtera . hmm . lame sgt da xupdate blog ni . hilang idea , ketandusan kata-kata tapi apakan daya jari2ini harus dipaksa kan jua untuk menaip . sekarang , ketika dan sewaktu ini ap yang ada dalam fikiran aku adalah menghitung hari dalam banyak benda iaitu


  1. assignment
  2. last week kuliah
  3. study week
  4. exam
  5. balik
  6. nk g sarawak
  7. keputusan exam
  8. holiday dgn family
  9. kerja


hhuhauhuahuahuahuhau . haaargghhh . cer tgok yg paling atas tuuhhh . ASSIGNMENT . hmm . tggl yg groupnye  je xsiap lg . walau apa pun yg terjadi aq akan siapkn jgak sbb markah tuhh . gila ke apa aq nk buat don't know je . isshhh xpatot lgsung . hmmm . haa , aq da xde ap yg nk taip sbb aq btol2 tgh dlm 'MOODY' ni. so sambung nnt je la . okay go . assalamualaikum . +++++++++++=)

Friday 27 January 2012

... untuk renungan dan amalan bersama ...
_____________________________________

"Barangsiapa hafal tujuh kalimah, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak besar laut".

1.. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2.. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3.. Mengucap Astaghfirullah jika lida terselip perkataan yang tidak patut diungkapkan.
4.. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5.. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6.. Mengucap Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7.. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya, mudah mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa.

Apa pun ianya terpulang pd Istiqamahnya diri kita.... niatkan apa yg kita lakukan hanya pd Nya... mudah mudahan Dia akan membalas segala amalan kita dan menempatkan kita bersama para solihin... Insya Allah...

"Amalan yang baik yg paling sedikit tetapi istiqamah" (al-afif)

Saturday 21 January 2012

pe hal ni ?

ekh pehal ni aq xdpt tgok blog aq even aq log-in cam biase . blh plak dye kluar page pasal bankrup la pape la . aq nk view blog aq la . aduhhhh . susah la cam ni . aq pon xtaw asal jd cam ni . ishh .

Monday 16 January 2012

wanita & Allah


Wanita cantik di hdpn ALLAH S.W.T..:


1)melukis kekuatan melalui masalahnya

2)tersenyum disaat tertekan

3)tertawa disaat hati sedang menangis

4)tabah disaat terhina

5)mempersona kerana memaafkan

6)mengasihi tanpa meminta balas

7)bertambah kuat dalam doa & pengharapan ILAHI...




#bertuahnya  pada  siapa  yang  dilahirkan  sebagai  seorang  wanita . semoga  kita  semua  (wanita)  dapat  menghargai  nikmat  Allah itu  dengan  sebaik-baiknya .Semoga wanita yang membaca ini tergolong dlm golongan wanita2 cantik di hdpn  Allah S.W.T..

Aamin YaRabbal a'lamin~ InsyaAllah . :) 

sendiri mau ingat


Segan bila tangan lagi laju membuka laptop,
dari membuka kitab Allah, dan dari study.

Segan bila mata lagi seronok melihat cerita.

Segan bila kaki lagi cepat untuk ke mall,
dari melangkah ke masjid.

Segan bila mulut asyik bercerita, dari berzikir mengingati Allah.

Segan bila telinga lagi seronok mendengar lagu,
yang menyeronokkan jiwa,
berbanding mendengar ayat-ayat Allah


#seperti  kata  Nabil  Raja  Lawak " Lu fikir la sendiri " .

hehehe


Seorang  lelaki  telah  berkenalan  dengan  seorang  perempuan  di  fb(facebook) :

*L-lelaki , P-perempuan , P.C-pak cik (ayah perempuan)

Apabila  mereka  telah  rapat, mereka  menjadi  gf & bf.Tetapi  masalahnya , mereka  belum  pernah berjumpa... Maklumlah  lelaki  itu  tinggal  di  KL  manakala  perempuan  itu  tinggal  di  Johor  . Pada  suatu hari , lelaki  itu  sudah  tidak  sabar  untuk  melihat  wajah  perempuan  itu  lalu  menghantar  msg  kepada makwenya....

 L : awak , saya nk jumpa ...awak... saya x sabar nk lihat rupa awk. 
 P : betul ke? jemputlah datang ke rumah saya.
 L : awak tinggal kat mne? 
 P : saya tinggal kat Johor........ No46,Jalan Simpang 3,0800000 , Johor 
 L : saya akan bertolak esok! 

Keesokan  harinya , lelaki  itupun  bertolak  ke  Johor  untuk  berjumpa  dgn  makwenya... Dalam  perjalanan , mereka  berbalas  msg... 

P : awak.... awk x sampai lagi ke? saya boring ni.... 
L : saya dlm prjalanan ke rumah awak laa....... 
P : ok saya akan tunggu... Miss u.. :) 

Selepas  beberapa  jam , lelaki  itu  sampai  ke  rumah  makwenya...Lalu  mengetuk  pintu  rumah makwenya..Bukannya  perempuan  itu  yg  membukanya  tetapi  ayahnya .

 L     : pak cik..... inikah rumah Fatimah?? 
 P.C : ye.. kenapa?
 L     : Fatimah ada ke pak cik? saya ni sahabatnya... dtg melawat
          (sebenarnya dlm hati lelaki itu berkata,,"aq ni balak dia la") 
         

 P.C : Fatimah dh lama meninggal dunia. 
 L     : x mungkinlah pak cik. saya baru msg dia tadi.. 

Mereka berdua terdiam sebentar.. Bunyi telefon lelaki itu memecah kesunyian....

P : awak x sampai lagi ke?? 
L : saya sudah jumpa dgn bapa awk lpas tu dia kata awk dh meninggal dunia...
P : mmg lah saya sudah meninggal dunia 
L : habis tu.. mcm mna awak boleh reply msg saya?
P : Saya guna digi! Digi kan ada di mana2.......
L : ???????    (?_?)

#cerita  ni  aq  dapat  daripada  facebook . hehehe >.<